Percutian ke Port Dickson
Salam dan hai semua ! Kali ini saya akan berkongsi mengenai percutian saya ke Port Dickson ! 😀 Percutian kali ini adalah pertama kali saya bercuti tanpa keluarga. Kali ini adalah percutian bersama rakan saya, iaitu Najwa dan Tasha. Sebenarnya, percutian ini tidak dirancang awal, kami pergi ke sana dengan ajakan Tasha dan ibunya untuk ikut mereka pulang ke kampung mereka di Port Dickson. Kami berada di sana hampir seminggu, yang pada awalnya hanya merancang selama 3 hari. Percutian ini menjadi lebih seronok kerana rumah nenek Tasha berhadapan dengan Pantai Cermin dan bersebelahan dengan hotel terkenal di Port Dickson iaitu Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson. Antara tempat menarik yang kami pergi dan mungkin anda juga boleh pergi ialah ; 1) Pantai Teluk Kemang Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong di Port Dickson kerana mempunyai persisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu , penginapan yang menarik dan mempunyai banyak aktivi...