Bercuti ke Cameron Highlands

Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya ! Kalini saya akan berkongsi mengenai percutian ke Cameron Highlands !


Cameron Highlands yang terletak di Pahang merupakan satu tempat perlancongan yang menjadi tumpuan ramai pelancong, tidak kira pelancong tempatan dan juga antarabangsa. Saya pasti ramai yang pernah jejaki kaki ke sini. Pelbagai tempat menarik yang ada, tambahan darjah suhu yang agak sejuk di sini menjadi salah satu sebab destinasi ini sebagai tempat tumpuan ramai pelancong.


Percutian ini saya pilih untuk pergi bersama keluarga ! Tambahan, waktu kami pergi adalah musim hujan. Jadi, suhu di Cameron Highlands pada waktu itu memang sejuk ! Terutama pada waku malam. Dan majoriti tempat penginapan di sana tidak menyediakan kipas kerana sudah sejuk.

Ladang Teh Boh di Sungai Palas

Salah satu tempat yang saya pergi ialah Ladang Teh Boh ! Sebenarnya banyak tempat ladang teh di Cameron Highlands, tetapi kami memilih untuk pergi ladang Teh di Sungai Palas kerana di sini sangat cantik! Tempat ini agak tersembunyi dan jalan cerun setinggi 3.5 km ke atas bukit. Tidak dinafikan, memang ramai pelancong di sini dan pemandangan dari Cafenya sangat cantik !

Cameron Lavendar Garden

Bagi yang suka pada bunga, anda disarankan untuk pergi ke Taman Lavendar di Cameron Highlands ini ! Sangat cantik dan menenangkan !

Restoran Abang Strawberry

Nasi Lemak Sambal Strawberry

Ladang Strawberry adalah tempat wajib pelancong akan pergi jika datang ke Cameron Highlands ini. Tapi, kami memilih untuk ke Restoran Abang Strawberry di Cameron Highlands untuk singgah makan. Di sini mempunyai menu istimewanya iaitu Nasi Lemak Sambal Strawberry. Setelah selesai makan, kami berpeluang ke ladang strawberry yang berhampiran di situ.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya, sebenarnya banyak lagi tempat menarik yang ada di Cameron Highlands ini. Tapi, kami mempunyai kekangan masa untuk berada lama di sana. Mungkin pada masa akan datang boleh pergi ke sana lagi. 

Baiklah, Terima Kasih ! 😊


Comments

Popular posts from this blog

SOFBOL

Cara membuat "RESUME" menggunakan Microsoft Word

Karnival Sukan Kolej Keris Mas 2019