Jenayah Komputer (Cyber Crime)

Hai semua ! Pernah tak anda semua mengambil tahu mengenai jenayah komputer ? Apa itu jenayah komputer ?

Apa itu Jenayah Komputer ?



Jenayah Komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri dan mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. 

Ini merupakan tindakan yang menyalahi undang-undang yang ditujukan untuk menyerang sistem komputer dan data yang diproses oleh sesuatu sistem komputer. Tindakan ini adalah untuk mendapatkan keuntungan dan merugikan pihak lain.

Jenis-jenis Jenayah Komputer

Penipuan Komputer (Computer Fraud)

Mengambil kesempatan dengan cara memperdayakan pengguna dengan penggunaan komputer.
Contohnya : Penipuan E-mel yang menyuruh untuk mengemaskini maklumat diri

Kecurian Komputer (Computer Theft)

Penggunaan tanpa kebenaran ke atas hak milik orang lain dengan tujuan merosak, mengubah, menukar dan sebagainya.
Contohnya : Maklumat diceroboh tanpa pengetahuan pemilik

Pelanggaran Hakcipta (Copyright Infringement)

Melibatkan pelanggaran ke atas hak milik individu atau syarikat yang dilindungi dibawah akta hak cipta.
Contohnya : Penghasilan CD cetak rompak

Serangan Komputer (Computer Attack)

Sebarang aktiviti  yang dilakukan untuk mengganggu peralatan sistem komputer, mengubah proses kawalan dan merosakkan data.
Contohnya : Penyebaran virus


Comments

Popular posts from this blog

SOFBOL

Cara membuat "RESUME" menggunakan Microsoft Word

Karnival Sukan Kolej Keris Mas 2019