Percutian ke Port Dickson

Salam dan hai semua ! Kali ini saya akan berkongsi mengenai percutian saya ke Port Dickson ! 😀


Percutian kali ini adalah pertama kali saya bercuti tanpa keluarga. Kali ini adalah percutian bersama rakan saya, iaitu Najwa dan Tasha. Sebenarnya, percutian ini tidak dirancang awal, kami pergi ke sana dengan ajakan Tasha dan ibunya untuk ikut mereka pulang ke kampung mereka di Port Dickson. Kami berada di sana hampir seminggu, yang pada awalnya hanya merancang selama 3 hari. Percutian ini menjadi lebih seronok kerana rumah nenek Tasha berhadapan dengan Pantai Cermin dan bersebelahan dengan hotel terkenal di Port Dickson iaitu Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson.

Antara tempat menarik yang kami pergi dan mungkin anda juga boleh pergi ialah ;

1) Pantai Teluk Kemang



Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong di Port Dickson kerana mempunyai persisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu , penginapan yang menarik dan mempunyai banyak aktiviti air disediakan.

2) Muzium Tentera Darat 


Tarikan utama di muzium ini ialah susunan kenderaan tentera yang jarang-jarang dapat dilihat dengan dekat. Di sini juga mempunyai bangunan lama yang diubahsuai dan dipadatkan dengan bahan-bahan informasi sejarah ketenteraan Negara Malaysia.

3) Rumah Api Tanjung Tuan



Rumah Api Tanjung Tuan adalah satu tanda popular yang sering menjadi tumpuan pelancong yang datang ke Port Dickson. Ia dianggap sebagai rumah api tertua di Malaysia.

4) Alive 3D Art Gallery


Antara tarikan yang baru sahaja buka dan sering dikongsi di media sosial ialah Alive 3D Art Gallery. Bagi sesiapa yang suka bergambar pasti akan suka dengan tempat ini. Terdapat banyak lukisan 3D yang beraneka tema yang dihasilkan.

5) Rumah Terbalik Port Dickson


Ini adalah satu lagi destinasi yang menjadi tumpuan para pelancong yang suka bergambar. Galeri di sini lebih kepada dekorasi & susun atur barang dalam keadaan terbalik.

Comments

Popular posts from this blog

SOFBOL

Cara membuat "RESUME" menggunakan Microsoft Word

Karnival Sukan Kolej Keris Mas 2019