PAINTBALL
Hai, Assalamualaikum w.b.r dan selamat sejahtera semua ! Kali ni saya nak berkongsi dengan anda mengenai sukan lasak yang pernah saya sertai ! 😃
Mesti anda tertanya-tanya.... Apa itu sukan Paintball ? Apa peraturan ketika bermain ? Bagaimana cara bermain, kan ?
Paintball merupakan permainan/sukan perang-perangan (wargame), menggunakan senjata yang menggunakan bola cat (paintball) sebagai peluru. Permainan ini termasuk kategori berisiko tinggi (high impact outbound), namun permainan ini juga sangat menyenangkan dan sangat safety selama pemain mematuhi semua perturan di dalamnya.
Peraturan-peraturannya ;
- Sentiasa memakai safety Goggle, tidak dibenarkan buka ketika dalam pertempuran dan selama pertempuran masih berlangsung, jika ada pemain yang membuka maka satu pasukan akan didiskualifikasi.
- tidak boleh menembak lawan kurang dari 5 meter, jika dua pemain bertemu di tengah battle field dengan jarak yang terlalu dekat, maka pengadil akan memecahkan mereka, mereka akan diperintahkan mundur.
- Tidak menembak bahagian belakang kepala, kerana belakang kepala adalah bahagian yang tidak dilindungi.
- Tidak menembak pengadil dan pennton di luar.
- Pemain dinyatakan mati jika tertembak dan pelurunya pecah, jika tidak pemain masih boleh teruskan pertempuran, bahagian pemain yang disahkan tertembak adalah seluruh tubuh termasuk senjata.
- Selalu mematuhi arahan pengadil permainan.
- Safety First.
Ini adalah sebahagian pasukan saya semasa mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan yang telah diadakan di Terengganu pada tahun 2014 ! Kami berjaya melayakkan diri sehingga ke suku akhir ! Tapi, kami tiada rezeki untuk ke peringkat akhir kerana tewas tipis kepada pasukan negeri Perak ☹️ Namun, kami tetap berbangga dapat mewakili negeri Johor ke peringkat kebangsaan ! Walaubagaimanapun, pasukan lelaki negeri Johor berjaya menjadi Johan di peringkat kebangsaan !
Melalui sukan ini, saya berjaya mendidik diri saya menjadi seorang yang kuat dan berfikiran positif. Sukan ini memerlukan seorang pemain yang bersikap tidak mementingkan diri, kuat dari segi fizikal dan mental, dan ada semangat berpasukan. Walaupun sebenarnya sukan ini berisiko tinggi , yang akan menyebabkan kecederaan seperti luka akibat ditembak, namun sikap positif seseorang pemain itu akan meningkatkan semangat untuk meneruskan permainan.
Manfaat yang diperoleh memalui sukan Paintball ;
- Meningkatkan kemampuan dalam memimpin
- Melatih membuat strategi permainan dalam pasukan
- Memupuk sikap berdisiplin, berani dan semangat berpasukan
- Dapat berkomunikasi dengan baik dalam pasukan
- Meningkatkan mentaliti diri dengan baik
Comments
Post a Comment