Kolej Matrikulasi Johor

Haii ! Selamat datang ke blog saya ! Kalini saya akan berkongsi mengenai pengalaman saya melanjutkan pelajaran setelah melepasi zaman persekolahan ! 😜

KMJ Dihatiku 💕


Kolej Matrikulasi Johor yang terletaknya di Tangkak, Johor, merupakan kolej pertama yang saya jejakkan kaki untuk melanjutkan pelajaran selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Tingkatan 5. Pada awal saya menjejakkan kaki di bangku sekolah menengah. Saya tak pernah terfikir langsung untuk sambung pelajaran ke Matrikulasi. Sebab orang kata, Matrikulasi ini adalah tempat orang yang pandai-pandai sahaja yang boleh masuk. Tetapi, ibu saya teringin melihat salah seorang dari 5 orang anaknya sambung pelajaran ke Matrikulasi. Jadi, bagi merealisasikan hasrat ibu, saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya diterima belajar di sana dalam aliran perakaunan dengan keputusan SPM yang hanya berjaya memperoleh 6A sahaja.

Jadi, pada awalnya, tanggapan saya sangat tinggi kerana bakal berjumpa dengan kawan-kawan baru yang semestinya memperoleh keputusan SPM yang hebat-hebat. Dan saya merasakan diri saya tidak mampu bersaing dengan mereka. Di samping itu, saya terpaksa berjauhan sedikit dengan keluarga. Tetapi, saya sudah terbiasa kerana sudah menjadi penghuni asrama dari saya Tingkatan 1 lagi. 

Apa yang saya suka mengenai Kolej Matrikulasi Johor ini adalah mempunyai pemandangan dan suasana yang sangat cantik terutamanya pada waktu senja. Tambahan, berdekatan dengan Gunung Ledang.

Pemandangan dari atas Kolej Matrikulasi Johor

Alhamdulillah, saya berjaya biasakan diri dengan suasana di sini. Saya mempunyai rakan yang ramai dan semuanya baik. Di sini, saya lebih rapat dengan 3 orang kawan saya, iaitu Zati, Amirah dan Hajar. Kami berempat sering ke mana-mana bersama. Saya juga mempunyai rakan sebilik yang sangat baik dan peramah iaitu Pika, Wani dan Farah. Kami banyak luangkan masa bersama.

Pada mulanya peperiksaan semestar 1, saya tidak begitu yakin. Tetapi, demi membanggakan keluarga, saya berusaha sehabis baik. Alhamdulillah, keputusan peperiksaan yang saya peroleh memberangsangkan. Bermulanya dari situ, saya lebih bersemangat untuk berlajar di matrikulasi ini. Jadi, ape orang kata sebelum ini, saya ketepikan kerana saya percaya, semua orang mampu bersaing tidak kira berlatar belakang pelajaran yang sederhana.

Saya berjaya tamatkan pelajaran di matrikulasi ini bagi sesi 2018/2019 dengan CGPA yang baik, walaupun bukannya 4 flat. Alhamdulillah, saya layak sambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi pada tahun ini.

"KEJAYAAN tidak bermula dari atas, KEJAYAAN bermula dari bawah".

Sampai sini sahaja perkongsian saya, Terima Kasih 😉






Comments

Popular posts from this blog

SOFBOL

Cara membuat "RESUME" menggunakan Microsoft Word

Karnival Sukan Kolej Keris Mas 2019