Posts

Showing posts from October, 2019

Kolej Matrikulasi Johor

Image
Haii ! Selamat datang ke blog saya ! Kalini saya akan berkongsi mengenai pengalaman saya melanjutkan pelajaran setelah melepasi zaman persekolahan ! 😜 KMJ Dihatiku 💕 Kolej Matrikulasi Johor yang terletaknya di Tangkak, Johor, merupakan kolej pertama yang saya jejakkan kaki untuk melanjutkan pelajaran selepas mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Tingkatan 5. Pada awal saya menjejakkan kaki di bangku sekolah menengah. Saya tak pernah terfikir langsung untuk sambung pelajaran ke Matrikulasi. Sebab orang kata, Matrikulasi ini adalah tempat orang yang pandai-pandai sahaja yang boleh masuk. Tetapi, ibu saya teringin melihat salah seorang dari 5 orang anaknya sambung pelajaran ke Matrikulasi. Jadi, bagi merealisasikan hasrat ibu, saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga berjaya diterima belajar di sana dalam aliran perakaunan dengan keputusan SPM yang hanya berjaya memperoleh 6A sahaja. Jadi, pada awalnya, tanggapan saya sangat tinggi kerana bakal berjum...

Cara membuat "RESUME" menggunakan Microsoft Word

Image
Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya ! Baiklah, kalini saya nak kongsi sedikit ilmu yang mungkin boleh membantu anda ! Mesti anda semua nak tahu, bagaimana ingin buat 'Resume' dengan mudah, cepat dan menarik, kan ? Jadi saya akan tunjukkan langkah-langkah untuk membuat 'Resume' dengan cepat dengan hanya menggunakan 'Microsoft Word'. #1 : Buka 'Microsoft word' Klik pada 'File' dan kemudian tekan pada 'New'. #2 : Tulis 'RESUME' pada ruangan 'Search' Pelbagai template 'Resume' yang sedia ada yang dapat anda lihat di sini. #3 : Pilih 'Template' dan Muat Turun Ini adalah contoh template yang saya pilih. Kemudian tekan pada 'Create' untuk memuat turun template tersebut. #4 : Edit Maklumat 'Resume'  Ubah maklumat 'Resume' tersebut seperti nama, alamat, gambar, pengalaman dan lain-lain dengan maklumat mengenai diri untuk menjadika...

About Myself

Image
Assalamualaikum and hey everyone ! Welcome to my blog ! 😇 Today, I have assignments from my lecturer to tell about myself by using "Canva" application. I'm a student at Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) in a bachelor of business administration under the faculty of economics and management. I wish that I could succeed  and also have the opportunity to pursue higher education. Thank you.

SOFBOL

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua ! Baiklah , kalini saya nak menulis tentang satu lagi sukan lasak yang pernah saya sertai ! Sofbol atau dikenali sebagai bola lisut ialah sukan yang berbola dan berpemukul yang berkembang daripada sukan sejenis besbol.  Dalam sofbol, pelempar bola ( pitcher ) akan melempar bola dan menjadi sasaran pemain lawan yang memukul ( batter)  dengan menggunakan kayu pemukul yang dikenali sebagai bet. Satu kumpulan yang berjaga di padang iaitu pertahanan dan satu lagi kumpulan bertindak sebagai pemukul (penyerang). Setiap kumpulan akan berlumba untuk mengumpulkan markah ( run)  dengan cara mengelilingi petak berbentuk potongan wajik ( base). Mereka akn berlari hingga menyentuh base yang terakhir yang dikenali sebagai home plate. Ini adalah gambaran ukuran padang sofbol yang digunakan dalam permainan. Padang sofbol dipecahkan kepada daerah fair (fair territory) dan daerah foul (foul territory). Lebih jauh dalam ...

PAINTBALL

Image
Hai, Assalamualaikum w.b.r dan selamat sejahtera semua ! Kali ni saya nak berkongsi dengan anda mengenai sukan lasak yang pernah saya sertai ! 😃 Mesti anda tertanya-tanya.... Apa itu sukan Paintball ? Apa peraturan ketika bermain ? Bagaimana cara bermain, kan ?  Paintball merupakan permainan/sukan perang-perangan (wargame), menggunakan senjata yang menggunakan bola cat (paintball) sebagai peluru. Permainan ini termasuk kategori berisiko tinggi (high impact outbound), namun permainan ini juga sangat menyenangkan dan sangat safety selama pemain mematuhi semua perturan di dalamnya. Peraturan-peraturannya ; Sentiasa memakai safety Goggle, tidak dibenarkan buka ketika dalam pertempuran dan selama pertempuran masih berlangsung, jika ada pemain yang membuka maka satu pasukan akan didiskualifikasi. tidak boleh menembak lawan kurang dari 5 meter, jika dua pemain bertemu di tengah battle field dengan jarak yang terlalu dekat, maka pengadil akan memecahkan mereka, mereka ...