Posts

Percutian ke Port Dickson

Image
Salam dan hai semua ! Kali ini saya akan berkongsi mengenai percutian saya ke Port Dickson ! 😀 Percutian kali ini adalah pertama kali saya bercuti tanpa keluarga. Kali ini adalah percutian bersama rakan saya, iaitu Najwa dan Tasha. Sebenarnya, percutian ini tidak dirancang awal, kami pergi ke sana dengan ajakan Tasha dan ibunya untuk ikut mereka pulang ke kampung mereka di Port Dickson. Kami berada di sana hampir seminggu, yang pada awalnya hanya merancang selama 3 hari. Percutian ini menjadi lebih seronok kerana rumah nenek Tasha berhadapan dengan Pantai Cermin dan bersebelahan dengan hotel terkenal di Port Dickson iaitu Hotel Lexis Hibiscus Port Dickson. Antara tempat menarik yang kami pergi dan mungkin anda juga boleh pergi ialah ; 1) Pantai Teluk Kemang Pantai Teluk Kemang merupakan pantai yang paling popular untuk pelancong di Port Dickson kerana mempunyai persisiran pantai yang lapang, pasir pantai yang gebu , penginapan yang menarik dan mempunyai banyak aktivi...

My Bestfriend

Image
Assalamualaikum and hi everyone ! Welcome to my blog ! 😊 Today, i want to write about my best friend. A best friend is someone who is there for you through thick and thin. It's someone who listens and understands you. Someone you can call anytime about anything you feel you need to 'tell' or 'vent'. It's someone who will stand up for you in the times when you need it most, keep your secrets close, and someone you can trust with your life. They will support you in any decision you make even if it's hard for them. It's someone who is there for you as much as they can be and does and says whatever they can to up your mood in down times.  Do you have a true best friend? I sure do. Arifah is my truly best friend I have. She is always there for me. She knows everything about me, even my secrets and also about my family. I can't keep anything from her! She is the person who will help me when I am down, turn my frown upside-down, and make me ...

Percutian di Langkawi

Image
Assalamualaikum dan haiii semua ! Kali ini saya akan berkongsi mengenai percutian saya ke Pulau Langkawi !!! Langkawi ✈ Ini adalah salah satu destinasi percutian yang sangat menarik saya telah kunjungi. Walaupun Pulau Langkawi hanyalah terletak di negeri Kedah iaitu di dalam negara Malaysia sahaja, tetapi Langkawi mempunyai pelbagai tempat yang cantik dan pemandangannya yang tenang serta mempunyai tarikannya yang tersendiri untuk menarik minat para pelancong tempatan dan asing untuk menjadikan ia sebagai satu destinasi percutian yang wajib dikunjungi. Antara tempat-tempat menarik yang saya sempat lawati di Pulau Langkawi ini ialah ; 1) Kereta Kabel Langkawi (SkyCab Langkawi) Aktiviti utama apabila berada di Langkawi untuk menikmati pemandangan. 2) Pantai Cenang Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti Parasailing, Banana Boat dan Jetski. 3) 3D Art Langkawi Aktiviti bergambar dengan lukisan 3D yang kreatif. 4) Tasik Dayang Bunting ...

Microsoft Office

Image
Assalamualaikum dan hai semua !! Kalini saya nak buat perkongsian dengan anda mengenai Microsoft Office yang ada dalam komputer atau komputer riba kita. Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat tambah pengetahuan anda mengenai Microsoft Office ini. 😊 Apa itu Microsoft Office ??  Microsoft Office merupakan satu set perisian, terdiri daripada perisian desktop, server dan perkhidmatan untuk sistem pengendalian Microsoft Windows dan OS X. Terdapat pelbagai jenis aplikasi dalam Microsoft Office dan antara yang kerap digunakan ialah ; 1. Word Mikrosoft Word ialah program aplikasi pengolah kata atau data berupa huruf atau angka. Aplikasi memudahkan kita dalam melakukan tulis menulis, membuat surat, brosur, laporan, dan lain-lain. 2. Excel Microsoft Excel adalah program aplikasi yang dipergunakan dalam pengolahan angka (Aritmatika). Aplikasi ini memiliki sembilan menu yang terdapat pada bar atau baris menu. Masing-masing memiliki sub menu perintah ya...

Bercuti ke Cameron Highlands

Image
Assalamualaikum dan selamat datang ke blog saya ! Kalini saya akan berkongsi mengenai percutian ke Cameron Highlands ! Cameron Highlands yang terletak di Pahang merupakan satu tempat perlancongan yang menjadi tumpuan ramai pelancong, tidak kira pelancong tempatan dan juga antarabangsa. Saya pasti ramai yang pernah jejaki kaki ke sini. Pelbagai tempat menarik yang ada, tambahan darjah suhu yang agak sejuk di sini menjadi salah satu sebab destinasi ini sebagai tempat tumpuan ramai pelancong. Percutian ini saya pilih untuk pergi bersama keluarga ! Tambahan, waktu kami pergi adalah musim hujan. Jadi, suhu di Cameron Highlands pada waktu itu memang sejuk ! Terutama pada waku malam. Dan majoriti tempat penginapan di sana tidak menyediakan kipas kerana sudah sejuk. Ladang Teh Boh di Sungai Palas Salah satu tempat yang saya pergi ialah Ladang Teh Boh ! Sebenarnya banyak tempat ladang teh di Cameron Highlands, tetapi kami memilih untuk pergi ladang Teh di Sungai Palas ke...

Virus Komputer

Image
Assalamualaikum dan hai semua ! Kali ini saya ingin menulis dalam blog saya mengenai virus komputer dan jenis-jenisnya yang kita perlu ambil tahu. Apa itu Virus Komputer ? Virus Komputer merupakan suatu atur cara yang dihasilkan untuk mengganggu operasi sistem komputer. Serangan virus menyebabkan komputer tidak dapat berfungsi dengan baik. Jenis-Jenis Virus Komputer Malware - Perisian yang direka bagi merosakkan sistem komputer tanpa kebenaran dan pengetahuan secara jelas oleh pemilik. Malware akan memasuki komputer melalui cara jaringan internet. Bagi mengatasi malware, pengguna perlu mengatasi halaman web "The Site ahead contains Malware" Worm - Perisian yang aktif memindahkan dirina melalui jaringan bagi menjangkiti komputer lain. Ianya merebak secara automatik. Worms berbahaya kerana mampu berkembang dan menggandakan diri. Cara atasinya ialah dengan membuat pengimbasan menggunakan "Antivirus Avast". Trojan - Jenis virus komputer yang memilik...

Jenayah Komputer (Cyber Crime)

Image
Hai semua ! Pernah tak anda semua mengambil tahu mengenai jenayah komputer ? Apa itu jenayah komputer ? Apa itu Jenayah Komputer ? Jenayah Komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri dan mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu.  Ini merupakan tindakan yang menyalahi undang-undang yang ditujukan untuk menyerang sistem komputer dan data yang diproses oleh sesuatu sistem komputer. Tindakan ini adalah untuk mendapatkan keuntungan dan merugikan pihak lain. Jenis-jenis Jenayah Komputer Penipuan Komputer  (Computer Fraud) Mengambil kesempatan dengan cara memperdayakan pengguna dengan penggunaan komputer. Contohnya : Penipuan E-mel yang menyuruh untuk mengemaskini maklumat diri Kecurian Komputer (Computer Theft) Penggunaan tanpa kebenaran ke atas hak milik orang lain dengan tujuan merosak, mengubah, menukar dan sebagainya. Contohnya : Maklumat diceroboh tanpa pengetahuan pemilik Pelanggara...